cik orenlili


Penulis agak kebosanan.

Apa kata kita main teka-teki. Siapa betul I belanja ice-cream Baskin Robin. Apa perbezaan gambar diatas dan dibawah? Senaraikan 5.

Selamat Mencuba!
 
 

Petikan sumber: penulis.
Lokasi: Del's Kitchen, Taman Pelangi Johor Bahru
11 seni kehidupan | | edit post
Reactions: 
cik orenlili
Johor Bahru, 22nd November 2009
17:15 PM

Hi guys. I baru balik dari kenduri di Benut, Pontian. Kejenye asik melantak saja. Maap menghilang sekian agak lama. I tau you all rindukan I, eh silap, rindukan update I.. :D

Anyway, dah hampir seminggu berada di bandar serba maju ni, nothing attracts me much, mungkin disebabkan aku dah biasa lepak JB. The only thing aku balik sini pon sebab nak merehatkan minda  yang sarat serabut sambil menghabiskan masa dan memberi semangat pada adinda sepupuku untuk menurunkan berat badannya. Al-maklumlah, aku kan part time Wellness Coach :P uiceh. Ayat yang tak boleh blah sebenarnya.



Rabu lepas, aku sampai sini kira-kira jam 3.30 petang. Sebenarnya, banyak agenda di dalam kepala tapi tak tahu yang mana satu perlu ku turutkan dahulu. Anyway, sesampai Larkin, Dot, cousin aku yang paling rapat datang menjemput. Hujan agak lebat membasahi bumi. Kami terus pulang ke rumah.

Agenda dimulakan di rumah Dot. Makan-makan (semestinya dalam list no. 1), lepak, tido (untuk orang yang ingin membesarkan apa yang patut - sila ikot), bersukan, beriadah, berjogging, dan yang paling penting bergambar.  Aku sukeee.. :) Aku malas nak berbicara panjang, let those picture do the talking. Till then kawan-kawan, keep in touch! Adios.



Kerang Rebus. I could not miss this one. Mana-mana kedai yang aku pegi ada ni,  mesti belasah satu bekas. Macam kekurangan hemoglobin je, padahal badan terlebih sihat walafiat. Syukur. Tapi apa kena mengena semua itu. Yang penting, kerang rebus.

 

Yang ini satu lagi. Pon sama feberet all time. Nak kata yong tau foo pun idak, nak kata steambot, boleh la. Janji rebus jugak. Aku belasah. Apa hal semua rebus-rebus ni? Kalau kira calori mau menjerit aku kat situ.. Argh. Takpe. Esok pagi gi jogging, itu je la alasan buat selama-lamanya :P



Kuah Steambot yang dihias bagai. Aku macam tak sanggup nak hancurkan heart shape itu. Tapi sebab sedap punya pasal. Memang belasah saja tanpa perlu hirau.

 

Penulis bersama sepupu kesayangan, Dot.
Best Buddy all time since zaman kanak-kanak riang.

 

Terpancarkan wajah-wajah kegembiraan hamba? Walaupon hati sebenarnya resah ok! Penulis bersama sepupu Dot, Balqis. She's kinda fun to be with, sporting pon ye jugak, kelakar at times, gila-gila juga macam aku & Dot. :P

Till then, stay tune for next coming entry. Tata (",)


0 seni kehidupan | | edit post
Reactions: 
cik orenlili


1. Tahukah anda?..

Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.


2. Percayakah anda?..

Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.


3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari
planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..


Otak kita mengandungi 92% air. Walaubagaimanapun.. seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..


Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..


Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.



Ketawa Penawar Duka :D




1 seni kehidupan | | edit post
Reactions: 
cik orenlili
Pembaca sekalian, sihat?

Harap anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan mengharungi liku-liku hidup dengan  penuh kegembiraan, tetapi tidak buat penulis untuk masa ini. Aku sedang berduka sebenarnya. Blogging adalah salah satu cara untuk ku ubati hati yang sedang gundah gelana.

Oleh itu, masa untuk melangsaikan hutang bergambar.

Maaf kerana mengambil waktu yang sekian lama untuk mengupload gambar-gambar di sekitar majlis perkahwinan sabahat baikku, Cik Hanie Mawarnie. Pengantin pon dah hilang inai agaknya.. Al-maklumlah seperti biasa, sedikit busy.

Tanpa membuang masa, biar gambar yang berbicara. Selamat mentatap :)
*Maaf, bahasa melayu aku agak fail sedikit.


28th October 2009, 9.30 PM
Hanie's Place, Pulapol Jalan Semarak
Malam bermain inai dan berkedai kopi ..


Aku agak kurang puas hati dengan servis pak andam yang melukis inai tu, tak berapa kreatif, harap mulut  saja bising tapi apa boleh buat, last minute untuk berkata tidak, hentam sajalah labu.. Apapun, tidak mahu pengantin rasa susah hati.


Sesi mentouch up. Nasib baik pengantin cool saja, walaupon sebenarnya dia dah bersuara "bayar mahal tapi design kecik keciput, then kedekut inai lak tu.." Luckily ada aku dan Yan (kawan baik Hanie, merangkap bakal adik ipar) tukang mencover dan menolong apa yang patot.


Dah siap, masa untuk mengeringkan inai. Selesai diletakkan perahan limau bagi inai bertahan lama, seminggu dua boleh la kot.. Sambil 2 jam menunggu inai kering, kami pon bersesi kedai kopi :P potpet potpet jam menunjukkan kol 3 pagi, abis semua melepak kat ruang tamu sampai lebur. Keesokan harinya..


29th October 2009, 10.30 AM
Hanie's Place, Pulapol Jalan Semarak
Sesi terakhir menjadi anak dara  ..


Pagi tu bangun agak kelewatan sedikit, al-maklumlah sesi berkopitiam sampai 3-4 pagi! Pengantin maintain, walaupun agak kelihatan penat sedikit. Sempat lagi last touch up untuk dulang hantaran. 9 berbalas 11. Tak silap aku from Hanie ade 'Wiii'. Tau ape itu 'Wiii'? Haha


Nampak wajah itu? Kelihatan agak gembira bukan. Sesi menggedik bersama, 2-3 jam sebelum bersiap untuk majlis akad nikah. Aku seperti biasa, last minute tolong mencover apa-apa yang patot.

 
Aku .. dengan muka yang agak penat. Kalah pengantin! haha :P


Entri bersambung ..

p.s. Macam cerita bersiri je kan. Sebenarnya aku dah lewat, need to pack some stuffs and off to JB tonite! Wuhuuu. Sorry guys, but I really have to go. Till then, Stay tune!
2 seni kehidupan | | edit post
Reactions: 
cik orenlili
Friday, 13th November.

I am home. Things got screwed up. I am so depressed right now. What should I do?


I need someone to calm me down.
"Yangg.. i need you badly.." :(
5 seni kehidupan | | edit post
Reactions: 
cik orenlili
Salam Sejahtera semua.



Ramai pembaca sekalian tersalah faham tentang entri saya sebelum ni. Maaf terlebih dahulu. Sebenarnya bukan penulis yang berkahwin tetapi kawan karib penulis yang telah pon melangsungkan istana bahagianya pada 30.10.2009, minggu lepas. Saya hanyalah orang penting di majlis itu sahaja. Kalau saya yang hendak bernikah, siapalah lelaki yang tak s a n g a t bertuah tu yer? Dan kata kakak angkat saya Kak Jaja, "jatuhlah saham yana kalau yana yang kawen.." haha :D gurauan semata-mata okeh? Tiada kena mengena antara yang hidup atau pon sudah tiada.

Hampir seminggu aku mengambil masa mencari idea dan mood untuk kembali active berblogging tapi nampak gayanya penyakit M.A.L.A.S semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Al-maklumlah sentiasa mensibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sampai menjadikan ketiadaan masa sebagai alasan paling munasabah untuk berblogging. Nak pegang papan kekunci ni pon rasa macam tak lalu, ntah mengapa. Mungkin ade sesuatu yang membuat aku divert interest terhadap berblogging kepada benda lain?

Ya, aku mudah bosan dengan sesuatu.

Perasaan ingin mencuba sesuatu yang sangat membuak-buak sebenarnya. Mungkin juga boleh dijadikan suatu alasan baru yang paling munasabah. Cukup. Aku tak ingin merapu lagi.



Tanggal 29hb Oktober, sahabat karibku telah sah menjadi suri kepada pasangannya Mohd Nur Iman, 29. Seorang jurutera dalam bidang IT [kalau daku tak silap dengar], seorang yang sangat kelakar untuk diimaginasikan, dan yang paling penting, beliau adalah seorang yang penyayang bagi tuan empunya pasangan. Ternyata jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T. Pertemuan yang tak pernah dirancang apatah lagi bermimpi ingin membina mahligai istana bahagia bersama orang yang hanya pernah date selama 5x sahaja sebelum disatukan. Wow, macam tak percaya bukan?

Bagi aku setiap pasangan mempunyai sejarah perkenalan tersendiri begitu juga penulis dan semua hamba yang diciptakan di muka bumi ini. Betapa indahnya setiap perhubungan yang mempunyai kenangan pahit & manis, dan maksud perkahwinan itu sendiri merupakan akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.



Akhir kata, penulis tidak ingin berceloteh panjang lagi, cukup setakat ini sahaja luahan dan detik-detik istimewa yang dapat saya kongsikan buat pembaca semua. Bagi sesiapa yang memerlukan khidmat andaman,  khasnya kepada bakal-bakal pengantin, anda boleh terus hubungi saya bagi setiap permasalahan atau pertanyaan tentang urusan majlis raja sehari anda. Saya sedia membantu dari apa jua khidmat nasihat sekalipon.

Sekian, terima kasih. Seperti biasa, gambar disajikan sebagai memori abadi.

Salam hormat.



 




Entri gambar bersambung ..
10 seni kehidupan | | edit post
Reactions: 
cik orenlili


Pembaca yang dirahmati sekalian,

Penulis kini sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan bersama orang-orang yang tersayang. Akan menyusul kemudian dengan khabar berita yang menarik selepas ini. Tungguuu.. :)

Sekian, terima kasih.

6 seni kehidupan | | edit post
Reactions: 
cik orenlili
Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami

Dalam sesebuah rumahtangga, isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi, antaranya ialah:
  1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.

5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.

8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.

9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
1 seni kehidupan | | edit post
Reactions: